Tazkirah? ... er.. tak nak lah..


"Tazkirah? ... er.. tak nak lah.."

Itu adalah antara jawapan atau alasan yg sering kedengaran apabila diminta menyampaikan tazkirah. Kebanyakkan menolak sebelum mencuba. Janganlah kita fikir untuk member tazkirah, kita hendaklah menjadi seperti ustaz. Berilah peringatan sekadar kemampuan. Ingat, fasilitator adalah pendakwah.

Berikut adalah beberapa tips & cadangan.

1. Persiapan.

Sudah tentu tanpa persediaan rapi, seorang tidak boleh menyampaikan ucapan dengan baik. Persediaan apakah dimaksudkan di sini? Segalanya. Dari persediaan mental, fizikal (sihat, xbatuk – skrang bnyak kes H1N1) dan persediaan dari segi pengisian. Buatlah catatan atau nota ringkas untuk membantu. Tidak semua orang seperti ustaz, pantas mengeluarkan fakta dan dalil. Manusia pelupa. Tidak mengapa kita memberi tazkirah sambil memegang nota.Tidak mengapa menyampaikan tazkirah menggunakan nota. Kerana kita bukan ustaz. Malah ada juga ustaz yg menyampaikan tazkirah dengan merujuk kepada kitab-kitab tebal. Mengapa tidak pula kita?

2. Tiru

Manusia belajar dengan meniru. Dari kecil kita belajar dengan meniru tingkah laku ibu bapa kita. Di sekolah kita belajar dengan meniru perilaku guru dan rakan kita. Apakah kaitan “meniru” dengan persediaan menjadi muzakkir?

Jika kita mendapati seorang penceramah yg kita rasa kagum dengannya, tirulah cara penyusunan ideanya. Tirulah gaya penyampaiannya.Tirulah memek mukanya. Tirulah lawak jenakanya.

3. Teknologi.

Dalam konteks ilmu, kita sedang hidup di pada zaman tanpa sempadan tempat dan masa. Maklumat dengan mudah boleh dikongsi dan diperolehi. Kita tidak perlu menjadi seperti Imam Shafie yg perlu mengembara jauh hanya untuk mengesahkan kredibiliti seorang perawi hadith . Kini buku2 dengan mudah boleh didapati, kadangkala boleh dipinjam di perpustakaan. Belajarlah meniru dari buku-buku ini. Lihatlah cara-cara penyusunan ayat dan idea mereka. Gunakanlah youtube sepenuhnya. Downloadlah video tazkirah dan tirulah (seperti disebut langkah 3 di atas).

Teknologi juga boleh membantu bukan sahaja untuk persiapan sebelum tazkirah, malah semasa tazkirah. Power point, radio boleh digunakan sebagai bahan bantu visual dan audio supaya penyampaian lebih menarik.

4. Teknik penyampaian

a. Jenaka

Sedikit gelak tawa adalah perlu untuk mengelakkan kebosanan. Ia juga penting untuk memastikan tazkirah yg kita sampaikan sentiasa menarik. Tidaklah tazkirah ini sesuatu yg sentiasa bersifat serius, muram. Salah satu teknik untuk menarik perhatian orang ialah dengan menjadi ekstrem. Apabila membuat analogy, berikanlah contoh yg ekstreme. Apabila sedang melakonkah situasi, lakonlah dengan memek muka yg melampau. Jangan segan.

b. Jangan monotonus.

c. Permudahkanlah. Gunakan analogy yg mudah difahami orang. Berikan contoh yg praktikal.

d. Interaktif. Boleh libatkan rakan fasi lain untuk membantu (contoh demo/lakonan drama situasi). Pelajar sekolah terutamanya akan lebih terhibur dengan prsembahan fasi berbanding tazkirah berbentuk sehala. Antara contoh lain tazkirah 2 hala, boleh juga menyampaikan tazkirah dengan membuat quiz pertanyaan/survey.

5. Practice makes perfect.

Latih diri anda menyampaikan tazkirah dalam kumpulan kecil. Anda juga boleh berlatih sesama rakan baik anda. Minta komen dan pendapat. Atau anda boleh ulang dan rephrase tazkirah anda berulangkali di hadapan cermin atau ketika bersendirian. Bukanlah niat kita untuk pandai bercakap supaya dikata orang pandai bertazkirah, tetapi apa yg penting ialah mesej dan impak yg mahu kita bawa itu tercapai. Kita sendiri lebih tertarik dan suka mendengar tazkirah yg lancar, tidak tersekat-sekat.. bukankah begitu?

Harapnya selepas ini lebih ramai yg 'rela' memberi tazkirah. Sahutlah seruan Rasulullah:

Ballighu 'anni walau aayah..

=)

6 comments:

Anonymous said...

menunggu, menunggu, menunggu,

menunggu ko start bg tazkirah..

ahakz

s_eth on August 16, 2009 at 10:33 PM said...

haha.. siapakah?

Anonymous said...

rakan ko jugak..xperlu tahu siapa..tp aku menunggu,,,

Unknown on November 29, 2016 at 1:39 PM said...

terimakasih smoga bermanfaat

Unknown on November 29, 2016 at 1:39 PM said...

terimakasih smoga bermanfaat

MISS aishah on May 19, 2019 at 1:19 AM said...

Thanks very helpful

 

Your 2 minutes ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Inspiração: Templates Ipietoon
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado)